Friday 26 October 2012

minat matematik

Dah lama tak update  blog sendiri.. maaf kepada pengunjung yang tidak mendapat apa-apa maklumat dari blog ini. Sebenarnya, saya baru belajar membuat blog nie.. tapi tidak mempunyai kesempatan masa untuk mengemaskinikan maklumat di dalamnya.. apa-apa pun, selamat datang ke blog saya yang masih dalam proses pengubahsuaian.. pada hari ini saya ingin memulakan sesuatu yang baru..

Siapa yang minat matematik? Kepada sesiapa yang meminati matematik, pasti anda memiliki guru yang dapat menarik minat anda pada matematik. Sebenarnya matematik itu indah! Semua yang ada dalam dunia ini mempunyai unsur matematik di dalamnya.. setiap hari kita menghitung masa dan jam, "sekarang pukul berapa?" , "perut lapar ni, oh patutla, dah tengahari.." dalam situasi ini, kita menggunakan konsep masa. Dan masa itu adalah sebahagian daripada matematik.

 Siapa pula yang tidak meminati matematik? Pasti anda mempunyai guru yang tidak menghiraukan anda ataupun, anda sendiri tidak ingin mencuba dan mengenal matematik. Anda telah meletakkan di dalam kepala bahawa matematik itu susah. Ia pasti akan menjadi susah. bila dah susah, ia akan menjadi bosan dan minat itu hilang..

Sebenarnya, jika anda pupuk minat dalam diri dan cuba untuk menyelesaikan masalah matematik, dan anda berjaya, pasti anda akan ketagih untuk mencubanya. Untuk itu, hanya anda sendiri yang boleh mungubahnya.

Saya teringat, ada orang pernah bercakap pada saya, di negara Korea, mereka telah meletakkan satu ayat yang mereka dapat dari kitab suci agama kita iaitu Al-Quran di setiap bahagian pusat pentadbiran mereka. Anda ingin tahu apakah ayat itu?

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya"

Ayat inilah yang telah menjadi pegangan dan sumber motivasi kepada rakyatnya untuk menjadi sebuah negara yang maju.. dan sekarang mereka telah menjadi sebuah negara yang sama taraf dengan negara maju masa kini..

Kenapa kita tidak menjadikan ayat ini pegangan sedangkan ayat ini diambil dari kitab suci kita sendiri? Kesedaran inilah yang penting untuk mengubah nasib diri sendiri.

Apa perlunya kita minat matematik? Semua orang yang berjaya pasti tahu kira-kira. Tak kiralah apa pun yang di kira. "Bagaimana seorang peniaga menjadi usahawan yang berjaya?" , "Bagaimana seorang petani boleh jadi penanam pokok yang hebat?" , "Bagaimana seorang kontraktor dapat membina sebuah rumah?"Mereka pasti tahu menyelesaikan masalah melalui matematik tanpa mereka sedari... mereka menggunakan matematik dalam pekerjaan mereka.

Jadi, dapatlah saya simpulkan di sini, jika kita tanamkan rasa minat untuk mencuba, pasti kita akan melihat bahawa matematik itu sesuatu yang sangat mudah dan indah...

Buatlah sesuatu untuk kejayaan sendiri terutama dalam pelajaran.. saya doakan anda akan berjaya mendapat yang terbajk dalam hidup..

Teruslah mengunjungi blog ini dan saya akan cuba isikan maklumat yang lebih menarik..